MaDu LebAh MeNuRut IsLam

"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah :"Hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang, dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia". "Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu" (dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit) sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang berfikir".(An-Nahl:68-69)


Madu Kausar adalah madu asli tulen yang dikeluarkan dan dibotolkan melalui proses yang minima tanpa penapisan serta menepati piawaian antarabangsa.Ia telah disahkan oleh pihak organisasi Piawaian Iran, EU dan Piawaian USA.Telah diuji oleh UNIPEC.

Madu Kausar terdiri daripada Kausar Hijau (bersarang dan tanpa sarang), Kausar Merah (bersarang dan tanpa sarang), dan Kausar Emas (bersarang dan tanpa sarang). Ia didatangkan dalam 2 saiz iaitu 910g (botol besar) dan 410g (botol kecil).

Semua madu asli ini mempunyai pelbagai kelebihan dan mempunyai pelbagai khasiat bergantung kepada jenis bunga dan nectar yang dihisap oleh lebah tersebut.


Cara penggunaan Madu Kausar secara umum:


a) Untuk kesihatan: Makan satu sudu Madu Kausar pada pagi dan malam untuk membantu mencegah dan menyembuh pelbagai penyakit.
b) Untuk memulihkan tenaga: Campurkan Madu Kausar ke dalam secawan susu/teh/air suam/kopi/jus sebelum sarapan atau sebelum, semasa atau selepas senaman.
c) Sebagai pembersih kulit dan keanjalan kulit muka: Ratakan sesudu Madu Kausar di seluruh muka dan leher. Biarkan selama 15 minit kemudian bilas.
d) Untuk luka atau kulit bernanah: Sapukan Madu Kausar selapis dan balut dengan kain bersih. Ulangi rawatan ini 2x sehari.